St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan – Pada 5 hb Ogos yang lalu buat pertama kalinya Salib Belia dan Ikon Bonda Maria disambut meriah oleh belia-belia dan umat St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan, kira-kira 200 km dari Sandakan. Kapela St Francis dari Asisi merupakan destinasi terakhir bagi Paroki Katedral St Mary, Sandakan sebelum ianya dihantar ke Paroki St Martin, Telupid pada 7 Ogos 2011.
Local Organizing Team (LOT) Sabah Youth Day -3 bagi Misi Paitan telah terlebih dahulu membuat promosi SYD – 3 pada 4 sehingga 7 Julai 2011 yang lalu di Kapela St Francis dari Asisi, Sukang dan Kapela St Clare, Dalamas.
Lawatan sekali lagi diadakan pada 18 sehingga 21 Julai 2011 di Kapela St Francis dari Asisi, Sukang dan Kapela St Clare, Dalamas. Dalam lawatan kali ini LOT SYD -3 lebih memberi tumpuan pada persiapan rohani belia di mana tayangan video “Passion of Christ” dipertontonkan dan penghormatan salib diadakan. Selain itu persiapan untuk penyambutan Salib belia dan Ikon Bonda Maria juga turut dilakukan.
Persiapan rohani di Kapela St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan |
Bersama-sama membuat banner SYD – 3 di St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan |
Belia mengambil kesempatan untuk membuat perdamaian dengan ibu dan bapa
Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Hari yang bertarikh 5 Ogos 2011 tarikh yang bersejarah buat semua umat St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan dan umat dari kampung-kampung yang berdekatan menyambut ketibaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria buat pertama kalinya.
Upacara perarakan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dilakukan oleh belia-belia dari Our Lady of Fatima, Beluran sementara upacara sambutan mesra dan bersemangat oleh belia-belia serta umat St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan ke Kapela dengan iringan tarian ‘Mengalai’.