I am special


Lahad DatuSebagai kunjungan susulan dari lawatan pertamanya pada 24 Julai 2011, sekali lagi saudari Anna Teresa Peter Amandus, selaku Pengarah Pejabat Belia Diosis telah melawat Kerasulan Belia Paroki St Dominic pada 23 Ogos 2011 bertempat di dewan gereja dengan tema ” I am Special”


Antara yang hadir ialah Sister Rusiah fsic, ahli-ahli tim KBP dan beberapa belia yang terpilih. Perjumpaan ini dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh Sister Rusiah. Kemudian disusuli dengan beberapa permainan seperti belon keretapi dan “X” Games. Perjamuan ringan turut disediakan.

Para belia kemudiannya diberi sedikit taklimat mengenai “I am Special”. Para belia dibawa merenung akan keistimewaan diri masing-masing dan menyedari bahawa hadiah terbesar yang Tuhan telah berikan adalah diri kita masing-masing. “Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri” Kej 1:27


Melalui saat kegelapan dan “Terowong Kehidupan” bukan lah satu perkara yang mudah namun bagi para belia, ianya berhubungkait dengan realiti kehidupan pada masa kini. Ramai belia yang tersentuh dalam sesi ini dan diantaranya diberi peluang untuk membuat perkongsian akan pengalaman mereka.

Lawatan ini diakhiri dengan lagu pujian, doa penutup dan sesi bergambar bersama-sama.
Soccom SDC Lahad Datu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s