Katedral St. Mary Membuat Persiapan untuk Perhimpunan Umat Awam

Sandakan – Paroki Katedral St. Mary, Sandakan memulakan mesyuarat persiapan Perhimpunan Umat Awam yang mana tujuannya ialah untuk mencari Visi dan Misi Keuskupan Sandakan, telah diadakan pada 22 Ogos 2011 bertempat di Bilik A, Pusat Paroki.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Majlis Pastoral Paroki (Sesi 2011-2013), mantan ahli Majlis Pastoral Paroki (Sesi 2009-2011) serta perwakilan pemimpin umat yang telah menghadiri Program Latihan Fasilitator pada November 2010 oleh bro John D’Cruz ini menunjukkan respon positif oleh pemimpin umat awam.
Jacob Chin Koordinator Perhimpunan Umat Awam

Koordinator PDA (Parish Delegate Assembly) iaitu Jacob Chin yang telah mempengerusikan mesyuarat tersebut berharap ahli komiti bersama dengan Paderi Paroki serta Pembantu, Fr Thomas dan Phillip dapat menjalankan amanat yang telah diberi oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom melalui Surat Pastoral yang telah dikeluarkan pada Februari 2010.

Dalam sesi pertemuan ini Francis Tan, Setiausaha Eksekutif Diosis telah memberi sedikit perkongsian berkenaan ‘Apakah Itu Gereja?’ dan ‘Peranan Umat Awam’ bertujuan membantu para perwakilan memahami peranan sebagai pemimpin umat awam yang akan bertanggungjawab membentuk ‘Gereja’.
Terrence Ngui, ahli Majlis Pastoral Diosis juga memberi input tentang ‘Visi dan Misi’ dengan merujuk Surat Pastoral yang telah dikeluarkan oleh Uskup Julius.

Dengan memetik petikan dari Amsal 29:18 adalah menjadi harapan Uskup Julius untuk para umat khususnya Paroki Sandakan bersama-sama membentuk Visi dan Misi Diosis yang bermula dari dasar yang mana penglibatan setiap umat, kumpulan, komuniti, komiti, KKD adalah amat penting.
Satu latihan khusus untuk Komiti Penganjur PDA akan diadakan pada 24 September 2011 bertujuan membantu setiap ahli komiti untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana hendak melaksanakan pencarian Visi dan Misi Diosis.

Soccom SMCat, Sandakan, AAG
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s