>Bersuka ria sambil mempromosikan SYD-3

>

St Paul, Ulu Dusun riuh dengan tawa girang belia-belia yang terhibur dengan permainan yang disediakan oleh pihak Local Organizing Team (LOT) SYD-3 peringkat Paroki St Mary, Sandakan pada 26 Jun 2011 yang lalu. 

Promosi SYD-3 ini bukan sahaja dihadiri oleh belia-belia St Paul, Ulu Dusun malah dihadiri juga oleh wakil belia dari St Mark/Peter, Our Lady of Fatima, Beluran serta St Mary Katedral, Sandakan.

Acara dimulakan dengan Doa Pembukaan, Welcoming song/Action Song dan acara bersuai-kenal antara sesama dengan lagu “Dancing Blue Bird”.
 

Sebelum memberi input mengenai SYD-3, acara ‘ICE BREAKING’ melalui permainan ‘DIE’ dan PENGUIN’ diadakan. Permainan ini menarik hati belia yang mengambil bahagian ketika itu dan menyebabkan belia tidak kering gusi sewaktu aktiviti permainan dijalankan. Permainan ini bukan sekadar untuk bermain tetapi juga bertujuan unutk meningkatkan daya keyakinan diri, peka kepada persekitaran, mengatur langkah membuat strategi dengan berkesan dan sekaligus meningkatkan tahap kualiti kepimpinan sebagai seorang belia kerana inilah beberapa ciri yang perlu ada dan diterapkan kepada belia bagi melahirkan pemimpin pelapis gereja pada masa kini dan masa hadapan. 

 LOT SYD-3 menerangkan konsep SYD-3, objektif, program dan jadual perjalanan Salib Belia di Paroki St Mary, Sandakan. Selain itu pihak LOT juga mengajak belia-belia yang hadir untuk sama-sama belajar dan menyanyi lagu tema SYD-3 yang bertajuk “BERAKAR DAN DIBANGUN DALAM KRISTUS”. Informasi SYD-3, Tambunan 2012 boleh di dapati dalam laman web rasmi SYD-3 http://syd3.blogspot.com.

 Program Sabah Youth Day -3 Peringakat Paroki St Mary, Sandakan

Promosi ke – 2 besar-besaran akan diadakan pada 3 Julai 2011 secara serentak di keempat-empat gereja (St Mary, Sandakan, St Mark, St Paul, Ulu Dusun dan Our Lady of Fatima, Beluran). Maklumat SYD-3 disalurkan terlebih dahulu kepada wakil-wakil belia yang hadir supaya mereka boleh membuat persiapan lebih awal dengan membawa belia-belia ditempat masing-masing untuk turut serta dalam promosi SYD-3 pada 3 Julai 2011 nanti.

Promosi diakhiri dengan Doa Diosis Belia Sandakan dan ‘group photo‘.

Kepada semua belia dan umat Paroki St Mary, Sandakan walau dimana pun kamu berada, ayuh kita sama – sama merayakan Sabah Youth Day -3 di paroki kita dan menyambut ‘The Glorious Youth Cross’ dengan penuh keimanan dan kegembiraan!




RH/Aa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s