>LAWATAN PERSAHABATAN – "Bersantai – santai saja ba…."

>

Senyuman santai belia – belia St. Martin, Telupid bersama Tim KBK
TELUPID – Sempena dengan lawatan persahabatan Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan, pada 18 June di Paroki St Martin telah memberi suatu suntikan semangat bukan sahaja di kalangan Kerasulan Belia Paroki (KBP) tetapi juga di kalangan rakan – rakan belia.
Antara tim KBK yang hadir ialah Anna Teresa Peter Amandus selaku koordinator KBK, Hildy Albert, Emilda Albert dan Angeline Said.
Sebelum aktiviti “Let’s Hang Out” di mulakan, terlebih dahulu Koordinator KBK telah menemui ahli KBP untuk berbincang dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti tersebut. Koordinator menjelaskan aktiviti seumpama ini adalah bertujuan untuk membina dan memupuk ikatan PERSAHABATAN yang lebih erat diantara KBK kepada KBP dan seterusnya rakan-rakan belia

 
Acara santai ini dimulakan dengan lagu-lagu, doa dan renungan pembacaan Alkitab. Belia-belia telah memberikan tumpuan dan respon yang amat memberangsangkan di mana mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada 4 hingga 5 orang. Semasa permainan di jalankan para belia sangat teruja dengan peranan mereka masing-masing sebagai satu pasukan. Semasa rehat, para belia tidak melepaskan peluang untuk bertukar cerita dengan Anna dan tim KBK mahupun dikalangan sesama rakan – rakan belia.

Sebelum aktiviti santai berakhir, Koordinator KBK mengucapkan terima kasih kepada semua belia yang hadir dan berharap akan dapat bersama semula di pertemuan akan datang. Rakan belia yang hadir sempat mengongsikan perasaan dan apa yang mereka alami sepanjang aktiviti santai berjalan. Jelas tergambar aktiviti seumpama ini telah membuka ruang persahabatan dikalangan sesama belia.

Aktiviti diakhiri dengan doa dan lagu penutup. Selepas itu belia bergotong royong memasak dan seterusnya makan malam bersama dengan Tim KBK. Lawatan Persahabatan – 2 KBK ke St. Martin, Telupid akan diadakan pada 2 Julai 2011.  
Sayonara…
Disediakan oleh:
Angeline Said
Kerasulan Belia Paroki Telupid
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s