>LAWATAN KE PINANGKAU, PAITAN

>

Komisi Katekatikal Diosis Sandakan dan Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan telah mengadakan lawatan ke Pinangkau, Paitan selama empat hari bermula pada 24 Mei sehingga 27 Mei 2011. Lawatan ini diketuai oleh Sr Veronica Kandaung, fsic dan disertai oleh Sr. Liliana Gubod, fsic, Anna Teresa (Kerasulan Belia Keuskupan), Claire Andrew, Mary Clare Teneros dan Katekis Paitan saudara Peter Saimin.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk mewartakan Khabar Gembira kepada umat Pinangkau dan  memurnikan niat mereka untuk lebih mengenali Gereja Katolik.
Ini merupakan satu jemputan yang baik dari umat Pinangkau dan sepanjang lawatan empat hari disitu Tim Sr Veronica berkesempatan untuk memperkenalkan struktur Gereja Katolik, berkongsi mengenai panggilan Tuhan, memberi sesi dalam cara-cara mengendalikan ibadat Sabda, berkongsi mengenai Bonda Maria dan berdoa Rosari.

Malam mesra bersama umat Pinangkau

Sementara Sr Veronica, Sr Liliana dan Mary Clare Teneros mengadakan sesi bersama umat dewasa, Kerasulan Belia Keuskupan pula mengadakan sesi bersama dengan kanak-kanak Pinangkau. Kanak – kanak ini diajar untuk membuat tanda salib dan berdoa sebelum dan selepas makan. Selain itu para belia juga berkongsi mengenai “Allah yang mengasihi”, bernyanyi, menari dan melukis.
 



Mengadakan lawatan ke rumah salah satu umat Pinangkau, memahami cara berdoa rosari dan bersesi dengan kanak -kanak Pinangkau



Sesi bersama umat dewasa dan kanak-kanak



Lawatan ini sangat penting bagi kedua-dua pihak kerana ia merupakan satu permulaan yang baik dalam menjalinkan persahabatan yang baik.
Umat Pinangkau juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan tarian tradisional mereka. Gong dipalu dan masing-masing menunjukkan bakat dalam tarian tradisional mereka.



Makan bersama dan umat mempersembahkan tarian tradisional mereka.

 Lawatan ini diakhiri dengan doa rosari bersama tuan rumah Saudara Wurok dan keluarga dan juga beberapa umat Pinangkau sebelum kembali ke Sandakan. Lawatan pastoral ini akan diteruskan untuk pembentukan iman mereka selanjutnya.

Aa – Dospo





Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s