>HARI PERTAMA – S.H.O.U.T. CAMP 2010 – BELIA KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN

>


















Suarakan Hatimu Oh-Belia Untuk Tuhan”

Sandakan – S.H.O.U.T. Camp 2010 yang bertemakan “Guru yang baik, apakah yang harus ku perbuat untuk perolehi hidup yang kekal?” (Mt 10:17) telah diadakan pada 10 hingga 12 September 2010 bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan.

S.H.O.U.T. Camp atau Konsultasi Belia Paroki yang diadakan di Dewan Paroki ini telah dihadiri oleh 218 peserta termasuk para fasilitator. Majoriti peserta belia adalah dalam lingkungan umur 13 – 15 tahun. Terdapat juga peserta belia yang berumur 30 tahun ke atas.




10 September 2010 (Jumaat)
Hari Pertama SHOUT Camp meja pendaftaran dipenuhi dengan para belia yang datang dari seluruh pelusuk Paroki Sandakan. Antaranya ialah Katedral St. Mary, St. Mark-Peter, St. Paul, Ulu Dusun, OLOF, Beluran dan beberapa peserta dari Gereja St. Dominic, Lahad Datu.
Semasa Pendaftaran

Acara dimulakan pada jam 5.00 petang dengan menghadiri Misa Kudus yang diselebrankan oleh Paderi Paroki, Fr. Thomas Makajil dan dibantu oleh Deacon David A. Garaman. Dalam homili, Fr. Thomas memberitahu kedatangan para peserta mengikuti S.H.O.U.T. Camp menandakan para peserta terbuka hati kerana mendengar bisikan Roh Kudus dan satu tanda Komuniti Kristian Dasar kini bergerak terutama sekali di dalam pelayanan belia di Paroki Sandakan.


































 Sewaktu Misa Kudus Pembukaan







Selesai Misa Kudus, acara diteruskan di Dewan Paroki. Sesi pembukaan yang diacarakan oleh Cristopher Aban memeriahkan suasana dan para peserta semakin bersemangat dan semua yang hadir termasuklah perwakilan daripada Majlis Pastoral Paroki, Komiti Kewangan Paroki, Komiti Harta dan Pembangunan Paroki serta ibubapa turut menambahkan lagi suasana khemah belia ceria dan bermakna.

Tayangan klip video yang berkaitan dengan perayaan Ekaristi








 
  Belia menari, bersorak, melompat dan menyanyi













Upacara pentakhtaan Alkitab diadakan terlebih dahulu di mana Tim Kerasulan Belia Paroki serta beberapa belia membawa Alkitab diingiri cahaya-cahaya lilin iaitu simbol terang Kristus menerangi kehidupan para belia.
















  
















‘Liturgical Dance’





















































































Pentakhtaan Alkitab di Dewan

Setelah itu, acara yang dinanti-nantikan iaitu persembahan daripada setiap kumpulan menyaksikan para belia mengongsikan bakat-bakat mereka melalui nyanyian, tarian, lakonan mahu pun bermain apa saja jenis alat musik.






















































































































































































































































































Gambar-gambar persembahan para belia Paroki Sandakan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s