>Rekoleksi Untuk Jururawat dan ‘Health Care Worker’

>

Fr Peter Kim SJ dan Sr Lilliana fsic bersama para peserta

Sandakan : Pada 12hb Disember 2009 bertempat di Bangunan Kateketikal Fr Mulders telah diadakan rekoleksi untuk jururawat dan health care workers bermula dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Agnes Gaduka, selaku Pengerusi Catholic Nurses’ Guild, Katedral St Mary amat berterima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan penyertaan dari kalangan bukan jururawat iaitu ‘health care workers’.


Tujuan rekoleksi, menurut Agnes adalah untuk merekrut ahli baru dan menyeru ahli yang sedia ada supaya aktif menyertai aktiviti-aktiviti kesatuan dari semasa ke semasa.

Sr Lilliana Gubod fsic, penasihat rohani, telah menyampaikan sesi ceramah bertajuk kejururawatan sebagai panggilan dan merujuk kepada petikan Mk: 10:46-52.

‘Jururawat bukan hanya memberi ‘health care’ tetapi juga ‘spiritual care’, kata Sr Liliana fsic.

Fr Peter Kim yang bertugas di Major Seminari Yangon, Myanmar yang kebetulan berada di Sandakan, dalam ceramahnya menyentuh mengenai tugas jururawat mencontohi pengorbanan Yesus Kristus, bersifat belas kasihan (compassion), penuh dengan kasih sayang (love) yang akan membawa penyelamatan (salvation). Jururawat, menurut Fr Kim, diumpamakan sebagai ‘wounded healer.’

Para peserta berpeluang menonton tayangan video ‘silence scream’ yang mempamerkan betapa kejamnya pengguguran bayi yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, suatu tindakan yang bertentangan dengan misi penyelamatan.

Rekoleksi berakhir dengan misa kesyukuran di Chapel St Mary.


oleh : SN Easther Yap

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s